Salam sume... Lme xupdate blog... hehehe... Sini da satu citer... Hrap korg sume enjoy bce... =) :: SELAMAT MEMBACE ::
Suatu hari , Rasullulah berjalan melalui
satu tanah perkuburan. Di satu sudut ,
didapati seorang wanita duduk di sisi
pusara anaknya sambil menangis.
Rasa simpati terbit dalam hati
Rasulullah , lantas Baginda bersabda yang
bermaksud : “Bertaqwalah kepada Allah
dan bersabarlah.”
Sebaik sahaja mendengar lafaz
sabar , wanita itu naik angin. Dihalaunya
Rasulullah , “Jauhkan dirimu daripadaku!
Engkau tidak menderita ditimpa musibah
sepertiku.” Jelaslah , wanita itu tidak tahu
bahawa pesan sabar itu lahir dari hati
seorang Rasul. Sebab itu agak kasar
bicaranya.
Namun Rasulullah s.a.w sedikitpun
tidak tersinggung. Baginda meneruskan
perjalanan Baginda.
Setelah diberitahu oleh orang yang ada
berdekatan bahawa yang menasihatinya
itu ialah Rasulullah , rasa bersalah terbit
dalam hatinya. Wanita itu segera ber-
gegas pergi menemui Rasulullah s.a.w.
Itulah akibat cepat melenting dan tidak
bersabar.
Lafaz pertama yang terbit saat dia
menemui Rasulullah ialah ucapan maaf.
“Maaf , aku tidak mengenalimu wahai
Rasulullah.” Rasulullah tetap tenang ,
malah ucapan Baginda berupa wahyu
itu memandu kita tentang sabar hingga
hari ini. Sabda Baginda yang bermaksud :
“Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada
hentaman (pukulan ) pertama.”




