Teringat aku pada surat makluman daripada Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) pada petang itu. Tercatat nama penuhku Athirah Ayuni binti Asri, di atas sampul surat. Berdebar-debar aku di saat ingin kutahu apakah isi kandungan surat tersebut. Diterima atau ditolak. Sukacita atau dukacita. Setelah kubuka isi sampul suratnya, hatiku diselubungi rasa gembira tidak terkata. Gembira berbaur sebak dek kegembiraan yang kunjung tiba. Syukurku kepadaNYA kerana aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaranku di bumi Jordan. Kegembiraanku dikongsi dengan ibu, ayah, dan adik-beradikku.. Aku percaya, sahabat-sahabatku yang lain yang senasib denganku, pasti sedang gembira juga seperti kegembiraan dalam keluargaku sekarang, mungkin skrip atau jalan ceritanya sahaja mungkin berbeza.
Ingat lagi di saat-saat perpisahan aku dengan ahli keluargaku di lapangan terbang pada ketika itu. Semuanya menghantarku dengan sebuah harapan yang tinggi.. Hampir semua ahli keluargaku yang memeluk erat diriku, membisikkan kata-kata semangat untukku belajar bersungguh-sungguh di Jordan nanti… Sebak dan terharu aku dibuatnya.. Sungguh tinggi harapan mereka semua buat diri ini.. Aku berjanji untuk tunaikan harapan mereka.. Akan kuusahakan yang terbaik insyaAllah..

No comments:
Post a Comment