Tuesday, June 7, 2011

Kuasa Cinta ^_^ { Episod 1 }


Telefon bimbitku memberikan isyarat ada sms yang mengunjungi inbox telefon bimbit yang aku sayangi.. “Aaah..biarkan ia dulu..nanti jela..” Gumam hati kecilku..
        Seketika kemudian, kucapai jua telefon bimbitku, ternyata ada kiriman sms dari nombor yang aku kenali. Kenali nombornya akan tetapi tidak tahu siapakah gerangan tuan punya nombor tersebut. Nombor inilah yang selalu mengirim mesej-mesej tazkirah kepadaku tika waktu dinihari. Kadangkala mengejutkan aku dari lamunan tidur yang lena di awal pagi.
        “Salam..asif jiddan kalau mengganggu. Boleh ana bersahabat dengan enti?? Ana ingin bersahabat untuk ukhwahfillah. Bukan bersahabat seperti kebanyakan orang yang mungkin menyimpang di sisi syara’, terutama bila persahabatan dibina atas dasar ukhwah yang berlainan jantina..”

 




        Aku terkesima seketika. Mahu dijawab atau tidak. Seakan-akan mahu sahaja aku membalasnya agar aku tahu siapakah gerangan yang menghantar mesej-mesej tazkirah kepadaku selama ini. Tidak pernah seumur hidup aku, aku dipelawa untuk bersahabat sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi aku pula lepasan dari sebuah sekolah di mana pelajar-pelajarnya terdiri daripada satu jantina sahaja iaitu perempuan ataupun mudah ceritanya muslimat yang bertudung litup. Hmmm.. akhirnya aku membuat keputusan untuk membiarkan sahaja sms tadi ditinggalkan tanpa jawapan…

No comments:

Post a Comment